S.E.M.U.T

berdasarkan title diatas, sudah terbukti bahawa entry pada kali ini mengisahkan tentang semut.
heeee, bukan semut sebenarnya, tapi, harini semut telah menjadi penghibur hari saya. HARI NI JE.
dengan penuh bersemangat, pada pukul 8 pagi lagi kami sudah bertolak dari bangi, dan lebih kurang pukul 9.15 macam tu dah sampai dah.
30 minit yg pertama di dalam kereta, dengan secara spontannya, ibu menyatakan dengan penuh rasa tenang dan tidak bersalah, "abah, lupa nak bawak kunci lah." lalu ayah pun dengan rileknya menjawab, "kita duduk dalam kereta je harini".
kenapa semua nak bajet cool ni? HAHAHAHA. padahal, dalam hati masing2 dah cuak dah.
setelah tiba di kuala pilah, ibu membuka pintu gate lalu ayah menerjah masuk ke kawasan kampung.
sampai sampai je, masing2 terus mengait rambutan yg berwarna kemerah-merahan ituu.


haaaa, merah kan? merah kan? well, you know me. aku budak kampung tauuu. you all jangan jealous. hikhik. :)
bukan itu sahaja, terdapat juga manggis yg begitu manis seperti faris dihiris-hiris menjadi ikan bilis. HAHAHA. lawak tak? lawak tak?
ni haa, manggis.

mana cukup tu kaaaak, ada lagi ni haa buah duku. tapi tak masak sangat lah, mama degil sangat , nak jugak amek, haaa, ameklahhh. -,-

dan akhir sekali, buah pulasan! haa, yang ni manis dohh. tak tipu ahhh.


lepastu pukul 12.00 maacam tu, ayah ajak balik lalu semua bersiap-siap untuk pulang.
bila dah sampai pintu gate, gate tu memang mama kunci time nak masuk tadi, tiba2, kuncinya pulak tercicir entah kemana, last2 terpaksa turun balik then pergi carik.
Alhamdulillah, mama jumpa kunci tu dekat depan tangga. haihh. ibu, ibu. -,-
sekian sahaja, post saya pada kali ini.

Ya Allah, penatnya aku berlakon skema dalam post ni.
HAHAHAHA. minta maaf kerana begitu skema.
memang tak pernah buat post spontan. ni first time, minta maaf. :'(
okay, dah malam. nak tidur. nanti kita buat post yg lebih boombastic, eh?
bye, selamat beramal, assalamualaikum.



as long as the ice-cream is still SEJUK.

HA-HA-HA.
title ni takde mengene dengan dah hidup atau yang da mati hidup semula.
cuma, cuma, cuma, aku sedikit pasrah, heee, biaso ahh tu en, HIDUP ni, takkan ah nak happy-go-lucky je memanjang sampai mampus enn. enn. enn. (cakap sorang2)
papepun, tadi aku TERmasuk 4x100 and TERmenang nombo tiga je dohhhh.
well, dah lama aku tak menceburkan diri dalam SUKAN ni sejak kaki aku TER ple'ot.
duluu en (mengungkai kisah lama), saya HEBAK tau, semua benda saya masuk, tapi zaman tu dah berlalu, zaman tak matang pun sama jugaaak, BARU jee berlalu, kalau you all semua nak tauu. heee. -,-
apa aku ni. sumpah takde motif. kan rakan2 kan?
esok nak belajar BIOLOGY dohh dengan darwisy, rajin en aku? pehh, macam manusia berguna dah aku skang. hahahaha. aku kena belajar nak terima qada' and qadar ah skang. tau tak kenapa? RAHSIA ahh gilaaa. -,-
gila ke hapee tak nak terima qada' dan qadar ni, ada yang sampai bunuh diri woaarhhh, tapii, aku takde ah bodoh sangat macam sampai macam tu sekali. :)


أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره

Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”.[al-Bukhari, Muslim].


haaa, kalau anda semua nak tahu, beriman dengan qada' qadar ni merupakan rukun iman yang keenam, jadi sama2 lah kita renung2kan yeee.

:D dah macam ustaz punn ada enn?

okay, aku perlu menyiapkan kerja rumah yg tengah beratur dalam beg aku tuhh sambil berseronok dengan cerita TOP SHOT ni. gempak woarhh!

assalamualaikum.